Pengembaraan Ismet mengubah takdir hidup bukan kaleng-kaleng. Ia bukan jalan yang dilalui oleh semua marhain. Marhain, kebiasaanya kekal marhain. Begitu juga elitis. Kekal elitis. Ini adalah kerana terdapat tembok halimunan yang menghalang marhain menjadi elitis. Bait lagu M.Nasir, salah satunya bergema begini :

Sambutlah tanganku kawan, Aku takut tenggelam
Sambutlah tanganku kawan,
Jurangnya sangat dalam
Jurangnya sangat mengerikan, Ramai yang telah, kecundang

Elitis jarang menghulurkan tangan kepada yang lain kecuali elitis juga. Ini setidaknya apa yang Ismet lalui, dalam hidupnya.

Now, bagaimana Ismet berubah daripada seorang marhain menjadi elitis? Sebelum Ismet memperihal dengan lebih lanjut, Ismet rasa, perlu diperhalusi lagi apakah erti marhain dan apakah erti elitis. Ini agar, kita semua membaca pada satu muka surat yang sama.

Mengikut kitab ekonomi manusiawi yang tidak tertulis lagi : Marhain adalah mereka yang hidupnya bergantung pada pertambahan bulan. Lebih banyak bulan datang, lebih panjang hayat marhain. Bulan ke bulan, atau perubahan bulan dari lama ke baru, “menyambung hayat” marhain. Andai kata dunia ini tiba-tiba berhenti pada satu bulan secara tiba-tiba, maka tamatlah riwayat marhain. Nampak seperti malang, namun ada yang lebih malang. Misalnya, bawah daripada marhain adalah “hamba”. Hamba, hayatnya dipanjangkan oleh hari. Kalau pernah dengar pepatah, “kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang” ini sebenarnya murujuk kepada hal hamba.

Manakala elitis pula hayatnya lebih lama. Biasanya makan tahun. Lebih panjang tahunnya lebih panjang hayatnya. Kalau kurang jelas, Ismet gambarkan begini. Elitis banyak “kosong” dalam baki akaunnya manakala marhain hujung bulan confirm “kosong” baki akaunnya. Sudahkah kau mengerti wahai kekasihku?

Mengikut kitab panduan hidup (yang kini menjadi hiasan di dada rumah), Tuhan Maha Segala tidak pernah melarang dari sesiapa untuk mencapai kekayaan. Ini ditulis di dalam ayat 13:11. Seseorang itu haruslah dulu “mahu” mencapai kekayaan, dan lalu jika ia beriman, maka “jalan” akan terbentang luas kepadanya, tidak kira hamba, marhain mahupun elitis. Dan jangan lupa satu, hidup ini ibarat roda. Jika marhain boleh menjadi elitis, elitis juga boleh menjadi marhain. Itu bab lain yang kalau ada masa, Ismet bincangkan.

Now, bagaimana Ismet berubah daripada seorang marhain menjadi elitis? Jika ditanya pada kawan-kawan Ismet, pasti salah seorang sahabatnya berkata begini : Ismet gila hardworking. Masa muda dulu siang malam pagi petang dia pulun. Memang patut dia dapat sebab dia tak pernah putus asa. Tak boleh ikut Ismet ni. Gila. Bayangkan taktikal pertama dia adalah sewa rumah sebelah pejabat? Eh bukan. Dia sewa pejabat, sebelah rumah. Dan itu membuatkan dia boleh cipta 2 rekod dunia. Pertama, pergi ke pejabat dalam masa kurang 10 saat dan kedua, pergi pejabat hanya dengan pakai tuala.

Namun tidak ramai yang tahu “rahsia” sebenar Ismet. Maka hari ini, Ismet akan ceritakan.

Pernah tak kamu dengar “Lady Fortuna”… atau dalam bahasa kita, “Wanita Pemberi Rezeki”? Biar Ismet ceritakan.

Ismet menemui “Wanita Pemberi Rezeki” ini pada umur Ismet sekitar awal 30-an dan lebih tepat : 33 tahun. “Wanita Pemberi Rezeki” atau “Lady Fortuna” adalah Dewi Kekayaan yang dipuja oleh insan seluruh dunia yang mahukan kesenangan. Bagaimana Ismet boleh bertemu dengan dewi ini? Satu hari Ismet dalam kerunsingan. Waktu itu hampir hujung bulan. Seperti marhain yang lain juga, angka 30, 31 adalah sangat stressful bagi Ismet. Kalau marhain lain mungkin senak sebab menjelang 30,31 duit dalam bank dah habis bayar hutang, tapi Ismet kena lebih teruk. Itu waktu-waktu senja Ismet perlu bayar gaji kepada pekerjanya. Walaupun Ismet berniaga, namun perniagaannya bukanlah kencang mana. Orang lain kalau meniaga mesti paling busuk pakai 3 series atau C Class… Ismet waktu itu cuma pakai CRV. 

Kerana tersangat runsing lagi pening lalu Ismet menangis seorang diri, hiba akan kerana nasibnya yang masih tergantung belum nak pecah ruyung. Di malam yang sepi itu tiba-tiba menjelma seorang wanita ala Greek memakai gaun serba putih, namun kasut, tali pinggang, gelang dan mahkotanya adalah emas berkilau menyilau mata yang memandang. Di belakangnya terdapat sayap berbulu emas, persis malaikat yang turun dari kayangan. Di tangannya terdapat satu dari sepasang tanduk kerbau, dan di dalam tanduk kerbau ini terdapat beribu kepingan syiling-syiling emas.

Cuma satu yang paling pelik adalah ini : Matanya ditutup dengan sehelai kain emas membuatkan dewi ini tidak dapat melihat siapa yang didatanginya. Tidak diketahui sama ada dewi ini menutup mata kerana buta, atau menutup mata kerana tidak mahu “judgemental” apabila bertemu manusia.

Ismet pada mulanya cuba nak lari namun bila Ismet fikir, ini didalam bilik di pejabatnya maka celah mana Ismet nak pergi? Well, Ismet dah bagitahu tadi yang perniagaan Ismet tidak kencang mana hence bilik Ismet cuma berapa square feet sahaja. Dan bau Dewi ini sangat wangi, dia macam bau pokok ………..

Dewi ini tidak berkata apa pun. Cuma dewi ini memberi Ismet sekeping syiling emas yang bukan bulat, tapi empat segi. Ismet dalam berdebar mengambil syiling ini dan sekelip mata, dewi ini ghaib, hilang dibawa angin yang bertiup laju ke muka Ismet.

Ismet melihat dengan teliti syiling empat segi ini. Ada tertulis 4 perkataan disetiap hujung empat segi syiling. 

Yang pertama adalah Teletourgía atau Ritual.
Yang kedua adalah Metamorfóno atau Transform atau Perubahan.
Yang ketiga adalah Alítheia atau Truth atau Kebenaran.
Dan yang keempat adalah Sofía atau Wisdom atau Kebijaksanaan.

Ketika membaca tulisan Greek ini (yang anehnya Ismet boleh faham walaupun tidak pernah bersekolah di Greek) barulah Ismet faham bahawa, untuk mencapai sesuatu itu haruslah bermula dengan satu amalan yang penuh disiplin dan diulang-ulang hinggalah ia menyebabkan perubahan dari lalai menjadi peka, lalu menampakkan yang mana yang patut dan perlu, akhirnya memberi hasil yang lumayan.

Di tengah syiling itu ada satu wajah, iaitu wajah dewi tadi atau yang Ismet beberapa tahun kemudiannya baru tahu dan faham, ia adalah “Lady Fortuna”.

Now. Bolehkah kita katakan yang Ismet mendapat satu azimat atau orang melayu kata tangkal dari golongan kayangan? Tidak sama sekali. Ini kerana apa yang Ismet buat selepas beberapa tahun kemudian. Ismet tidak memuja azimat ini setiap malam jumaat, mahupun mengalun zikir dewi ”Lady Fortuna” lima belas ke tiga puluh minit sebelum tidur.

Ismet walaupun memegang syiling emas empat segi ini secara fizikal dalam simpanannya, namun itu semata sekadar “tanda” atau “permulaan” yang kalau orang yang telah arif akan menjadikan ia satu perbualan ketawa ketika kenyang. Benar kata orang, emas adalah mata wang tuhan – The God’s Money namun yang lebih penting adalah bukan hilir sungai tetapi punca mata air itu yang harus kita temui.

Syiling emas empat segi ini hanyalah titik permulaan hilir sungai bagi Ismet, kerana dalam pengembaraan Ismet mengubah takdir hidup menyebabkan Ismet menemui punca mata air yang dikatakan orang, “The Fountain of Youth”.

Antara kekayaan dan keremajaan, yang manakah yang lebih penting? Antara wang dan umur panjang, yang mana satu kamu pilih? Dan malah antara dua ini, yang manakah “yang lain”, yang lebih kamu pilih?

The Fountain of Youth yang Ismet temui sebenarnya bukanlah satu tempat misteri atau perlu dicari, dijelajahi jauh menaiki kapal besar seperti yang digambarkan dalam filem Jack Sparrow. The Fountain of Youth ini tersimpan tersembunyi sebagai rahsia di dalam kitab panduan hidup yang menjadi hiasan di dada rumah, masa kini.

Untuk menjumpai atau memahami rahsia The Fountain of Youth ini, seseorang harus dulu mencari, dan mengenali, “dirinya” yang tersendiri. Ini sebenarnya adalah “emas” yang paling sukar ditemui, dan kerana itu, seorang marhain bukan setakat berubah menjadi seorang elitis, tapi menjadi seorang “Raja” yang memerintah, “alam diri”.

Apakah yang boleh berlaku bagi seseorang yang memerintah “alam diri”?

Itu Ismet ceritakan pada hari yang lain.