Kehadapan anak-anakku EL dan NIA.
Di dalam pengembaraan kamu mencari jalan pulang kelak, pengembaraan menjadi seorang believer, jika kamu benar-benar mahu, benar-benar bertekad, kembali menemui, kembali mengenal yang asal itu, kamu akan diberikan kunci (ini janjinya dan tidak ada kesangsian lagi, rujuk 29:69). Kunci apa? Kunci kepada bilik-bilik, yang hanya terbuka, kepada mereka yang terpilih, untuk masuk kedalamnya.
“The Private Rooms” – Ia bukan hanya satu, tetapi berbilik-bilik, bukan berbilik-bilik kerana bersebelahan, tetapi semakin kamu masuk kedalam yang satu, semakin kamu menemui pintu, kedalam yang satu lagi. Ini adalah fasa yang kamu harus tempuhi, jika benar mahu menjadi seorang believer.
Lalu anak-anakku, untuk terus masuk dan masuk dan masuk lagi, Aku pesankan kepada kamu agar sentiasa berpegang kepada ini :
- 1 – Jangan memandai-memandai. Jangan sembrono. Kerana setiap keputusan kamu yang terburu-buru, kelak binasa padahnya. Sebaliknya, mindfulness kamu terhadap Dia, harus sentiasa jitu.
Kerana Dia, mendengar dan mengetahui semua. Tanya Dia dulu, sebelum melulu. Sentiasa ingat dan berdoa, “Tunjukkan Aku jalan yang lurus” - 2 – Jangan cepat melatah. Jangan marah. Berkatalah dengan tenang, walaupun hanya di dalam hati kamu. Kerana kalau tidak, bakal sia-sia usaha kamu selama ini. Bahawa api yang marak menjulang, akhirnya menjadi debu yang terbang akhirnya hilang.
- 3 – Kerana bagi mereka yang sentiasa tenang, sentiasa content, hatinya menjadi peka dan aware pada setiap saat; hingga tidak lagi ada apa yang kamu tak puas hati. Kamu ketika ini menjadi Sang Pemaaf, dan sebagai Sang Pemaaf, kelebihan dunia dan alam sana duduk dengan kamu.
- 4 – Jangan sekali-kali kamu demand, kerana pengembaraan setiap langkah kamu itu adalah satu ketentuan. Pengembaraan ini bukan satu perlumbaan.
- 5 – Hence sentiasa dalam pengembaraan ini, kamu harus bersabar. Kamu tidak tahu mungkin ada waktu yang kamu dijemput masuk lebih awal malah mungkin, pintu yang terbuka itu melangkaui beberapa bilik jauh kedalam? Kamu jangan sekali-kali, under estimate….
Anak-anakku EL dan NIA,
Tadi adalah tentang pengembaran kamu masuk kedalam bilik demi bilik, demi mengenal yang paling asli. Ini pula tentang setelah kamu akhirnya keluar dari bilik-bilik itu.
Ketahuilah anak-anakku EL dan NIA, kita hidup di bumi ini bukan untuk terus kekal di dalam bilik-bilik yang telah kita temui kuncinya, sebaliknya apa yang kamu belajar di dalam bilik itu, kamu pegang, kamu makamkan, kamu tetapkan (didalam hati) dan kamu bawa keluar, sebagai satu pegangan untuk kamu lalui jalan lurus yang sentiasa terbentang untuk kamu lalui agar pengembaraan kamu dipermudahkan.
Sesungguhnya ini, fasa ini, adalah medan tempur yang bakal menguji, apa yang telah kamu fahami.
Now kerana Aku adalah abah kamu yang sentiasa menyayangimu sampai bila-bila selagi diizinkan Dia, ini pula panduan seterusnya untuk kamu lalui jalan lurus itu nanti setelah kamu keluar dari bilik-bilik tadi.
- 6 – Jika kelak datang sesuatu yang menggoncang pegangan kamu, bertenang. Jangan goyang sebaliknya, sebaiknya kembalilah pada DIA. Aku ulangi semula : Jangan memandai-memandai. Jangan sembrono. Kerana setiap keputusan kamu yang terburu-buru, kelak binasa padahnya. Sebaliknya, mindfulness kamu terhadap Dia, harus sentiasa jitu. Kerana Dia, mendengar dan mengetahui semua. Tanya Dia dulu, sebelum melulu. Sentiasa ingat dan berdoa, “Tunjukkan Aku jalan yang lurus”.
Adalah kerana, jika kamu tersilap, effect yang ripple atas tindakan kamu, boleh jadi zalim kepada yang lain. Regret adalah hal terakhir dan yang paling kita tidak mahu. - 7 – Kamu jangan perasan dan ingat di dalam dunia ini hanya kamu yang pernah masuk ke dalam bilik-bilik itu dulu. Orang-orangNya, sentiasa ada di mana-mana. Dan barangkali satu hari nanti pengembaraan kamu akan menemukan dengan mereka. Kamu mungkin harus agree to disagree kerana itu kadangkala lebih baik untuk kamu.
At the end of the day, pengembaraan kita ini adalah sangat personalised. Semakin kamu mengenal, semakin kamu percaya, dan kerana itu, kamu dilindungi dari kesangsian. Ini adalah attributes orang-orangNya. - 8 – Bagaimana yang dikatakan dilindungi dari kesangsian? Aku ulangi semula : Kerana bagi mereka yang sentiasa tenang, sentiasa content, hatinya menjadi peka dan aware pada setiap saat; hingga tidak lagi ada apa yang kamu tak puas hati. Kamu ketika ini menjadi Sang Pemaaf, dan sebagai Sang Pemaaf, kelebihan dunia dan alam sana duduk dengan kamu. Jika hati kamu content, kamu tidak akan mudah terpengaruh. Sesungguhnya ini adalah hanya semata blessing dan favourNya. Dia mengetahui segala dan Dia menentukan segala.
- 9 – Kelak kamu akan menemui mereka yang berbalah, yang gagal untuk agree to disagree. Identify yang mana yang telah tersasar jauh sangat. Cuba balancekan adalah bukan untuk kamu menentukan siapa yang betul atau salah, sebaliknya untuk kamu sendiri berlaku adil dengan diri kamu agar kamu sentiasa content. Jadi orang yang ketiga yang menyaksikan bukan turut serta dalam hal. Dia kasih kepada mereka yang adil.
- 10 – At the end of the day, semua believers atau orang yang percaya, ada ikatan brotherhood, so make peace dengan semua. Be mindful of Him, so that you may be given mercy.
- 11 – Ini antra intipati terpenting dalam pengembaraan luar bilik. Jangan sekali-kali condemn orang lain. Kamu tak tahu mungkin orang yang kamu condemn lebih content dari kamu. Jangan memalukan atau menjatuhkan maruah orang.
Dan jangan nak mempersenda tak tentu hala dengan memberi nama-nama buruk kepada mereka. Kamu kata kamu believer... percaya. Tapi kamu pulak buat perangai negatif. Mereka yang terus menerus buat perangai begini adalah zalim. - 12 – Kamu jangan suka-suka nak assume benda yang kamu tak pasti. Benda-benda yang kamu tak pernah tahu atau dengar. Prasangka adalah sesuatu yang negatif. Jangan nak intip cari salah cari aib, jangan nak cakap belakang. Kalau tak puas hati cakap depan-depan. Confront. Sentiasa ingat Dia. Dia menerima segala penyesalan kerana Dia maha kasih.
Kesimpulannya, atau key take home adalah kita sebagai manusia kena ada respect each other. Kata arif, “Respect is earned, not given”. Bagaimana orang mahu menghormati kamu jika kamu tidak menghormati orang lain? Jangan ingat kamu seorang sahaja yang betul dan orang lain semua salah. Jangan ingat kalau kita dah berada si satu kedudukan, kita anggap kita lebih baik dari orang lain dan orang lain lebih hina. Kenapa?
- 13 – Kita, semua manusia, punca dia dari dua sahaja, Adam dan Hawa. Dari sini multiply jadi multiracial multi-tribes, kepelbagaian itu adalah supaya kita saling mengenal antara satu sama lain agar kita mengenal dengan lebih dalam yang SATU itu, SATU yang MAHA : Pandang banyak dalam SATU, Pandang SATU dalam banyak.
Yang paling mulia di sisi Dia adalah bukan kerana keturunan atau bangsa – tidak ada bangsa yang lebih mulia dari yang lain, tetapi siapa yang paling mindful of Him. He is all knowing, all aware. Kamu jangan perasan kamu melayu kamu bagus sangat. Sama juga kalau kamu Arab, kamu jangan ingat kamu mulia sangat.
Now kita sampai kepada layer terakhir. Sebelum lebih lanjut, kita reflect sekejap.
Layer pertama 1-5 : the quest of knowing, ini methapor The Private Rooms.
Layer kedua 6-12 : the quest of understanding, ini adalah metaphor pengembaraan hidup. Setelah dapat tools, macam mana nak deploy. Atau lebih tepat, setelah tahu dan kenal, bagaimana nak response agar kamu lebih memahami.
Layer ketiga 13 : Ini goal atau apa yang nak dicapai. The Moonshot.
Layer keempat 14-18 : The Others vs Those who once, in the Private Rooms : The believers vs The Pure Believer
- 14 – Akan ada orang yang mengakui bahawa mereka adalah pure believer. Kamu, anggaplah mereka ini baru “berserah”. Ini adalah kerana, faith mereka belum betul-betul mantap. Hati baru rasa, belum resa. Kamu jangan pula nak memandai-mandai judge mereka ini. Ini urusan mereka dengan Dia. Kamu, make sure mindful of Him. Maintain state ini.
- 15 – Pure believer attribute dia begini : Allah semata dan tiada lagi sangsi. Apa yang ada pada diri dia total, ultimate, only, untuk Allah. Hence yang belum pure believer, belum total submission dia kepada Dia.
- 16 – Sebagai seorang yang pure believer, ini adalah sesuatu yang sangat personalised dan private, ia bukan satu benda yang nak dibuktikan, didebat atau menjadi satu branding, atau menjadi satu yang perlu di acknowledge. Dia maha mengetahui segala yang luas terlihat malah tersorok tersembunyi, tangible malah intangible, Dia mengetahui dengan specific. Hence selagi ada sifat atau cubaan nak menang nak prove something….. sembang kamu sorang je betul orang lain semua salah….
- 17 – Pure believer buat sesuatu bukan kerana manusia tetapi kerana Dia, kerana asalnya Dia yang membimbing kita
- 18 – Dia mengetahui segala rahsia kamu dan mengetahui setiap saat apa yang kamu buat
Seperti bilik-bilik yang telah (atau akan) kamu masuki, seperti itu jualah iman kamu di muka bumi. It is all about layers, and layering. In between these layers, one should maintain and become, the pure believer. What ever it takes, who ever you’ve met.
Remember EL & Nia : At the end of the day, it is only Him, and Him Alone.
Semoga ada manfaat.