Saya baru ini lunch dengan kawan MMU selepas hantar Nia ke Kinderkaizen, dan sebelum ambil mereka (Nia dan EL di Sri Aria) pada petangnya. Kawan saya ini, seperti saya, seorang entrepreneur yang berniaga dengan masa sendiri, juga seorang bekas ahli persatuan silat cekak hanafi (fork ketiga), dan pernah membaca 2 buku yang tajuknya sama : Reworks dan Your Money Your Life.
Ketika dia masuk ke dalam kereta saya setelah turun dari officenya, dia berkata,
“Macam mana boleh tahu aku nak jumpa kau ni? Baru semalam terfikir hari ni kau dah datang? Ini memang level guru utama…”
Untuk rekod, guru utama adalah guru kami ketika belajar silat dahulu.
Saya kemudian kata kepadanya, “Tuan panggil, saya datanglah…..”
Kami kemudian mencari kedai makan. Antara cafe yang ada aircond dan kedai melayu nasi campur, saya memilih untuk mencari ulam.
Permulaan
Banyak kami bualkan hari itu. Dia bertanya khabar saya yang semakin menjadi korporat (dan keparat), kata saya, yang paling indah adalah start-up. Mempunyai 10 orang staff banyak bezanya dengan 50 orang staff. Tapi mempunyai 500 ribu dengan 50 juta, juga ada bezanya. Saya cuba mengumpannya untuk masuk menjadi CTO namun nampaknya dia tidak berminat dengan golden handcuff.
Dia pula sekarang dalam usaha untuk membawa produk SAASnya ke Uzbek. Satu pencapaian yang memang patut dibanggakan kerana ini adalah nyata bercanggah dengan pendapat Tun M bahawa melayu malas.
Namun yang paling intisari rancangan adalah ini :
“Kau nak wariskan tak semua harta kau pada anak kau? Ke anak kau lantaklah dia cari duit sendiri macam kita?”
Saya terdiam. Ini kerana, ini bukanlah kali pertama soalan ini singgah ke muka saya. Pernah dulu intisari ini dibincangkan di timeline yang lain.
Now, mewariskan harta, ya atau tidak itu adalah sesuatu yang masih berada di timeline akan datang. Namun sebagai perkongsian, saya bawakan tiga kisah ini dan terpulang untuk kita semua decide sendiri.
Perbandingan
Kisah pertama : Anak Marhain
Saya dikategorikan anak marhain. Abah saya cikgu dan mak saya juga cikgu. Di akhir kerjaya abah, dia menjadi pensyarah dan pencen sebagai seorang ketua jabatan. Manakala mak saya pencen sebagai seorang HEM.
Jika ada harta yang ditinggalkan kepada saya, dan adik-adik yang lain adalah ilmu dan doa. Dengan ilmu, saya hari ini mempunyai hampir 50 orang staff. Dengan doa abah dan mak, saya hari ini hidup selesa dan tenang. Dengan ilmu dan doa abah dan mak, saya pada tahun 2020 sebelum covid menghadiahkan abah dan mak Proton x70. Salesgirl Proton Puchong masa bagi kunci menangis air mata terharu entah kenapa. Agaknya biasa orang datang beli untuk diri sendiri. Ini ada orang datang beli untuk abah mak dia. Tapi seingat saya, elok beli kereta satu Malaysia lock down.
Apa kesimpulan kisah pertama ini? Ilmu dan doa menjadikan kita berjaya menembusi potensi diri kita. Ilmu dan doa tidak akan habis. Ia bukan seperti duit dimana jika bodoh dan bangang, ditambah financial management zero, bukit yang besar pun rata kena tarah.
Dengan ilmu dan doa, anak marhain boleh menjadi elitis.
Kisah kedua : Anak Elitis
Biasa kita dengar harta dan kekayaan, akan habis sampai generasi ketiga. Ini biasa berlaku pada kaum cina. Harta atau wealth berpindah dari bapak kepada anaknya dan kemudian dari anaknya kepada anaknya. Atok – bapak – anak (cucu kepada atok).
Now, ada dua benda saya nak share disini. Pertama, macam mana dia boleh kaya, dan macam mana kekayaan ini diwariskan. Of course, kaya kerana usaha. Dan kaya juga kerana ilmu. Bapak kerja keras. Bila mati, anak dia dapat harta dan dapat juga duit insurans bapak dia. Ini ilmu bapak dia. Itu pasal orang cina umur 20 tahun dah ada modal berniaga. Modal ini bukan setakat dari harta tapi juga daripada premium insuran kematian bapak dia. Nanti lain waktu kita cerita panjang lagi sebab biasa orang melayu insurans yang kita ada cuma level medical card. Itu pun mujur.
Kedua, adalah tentang kenapa harta sampai kepada generasi ketiga.
Atok kerja gila babi kumpul duit, turun ke anak enjoy, then last sekali ending dia habis ke cucu sebab cucu ni tengok bapak dia mewah je hidup so kenapa nak pilih hidup susah? Meaning to say, yang faham erti kerja keras adalah generasi pertama. Generasi kedua menikmati dan generasi ketiga menghabiskan semua.
Apa kesimpulan kisah kedua ini? Harta memang boleh diwariskan namun kerana tidak ada ilmu, harta itu habis. Dan mungkin kerana ini, kita rasakan yang lebih baik harta kita tu kita enjoy, untuk anak, pandai-pandailah korang cari sendiri. Kalau abah boleh cari kenapa korang tak boleh?
Kisah ketiga: Anak Bangsawan
Dalam Malaysia ini ada ramai Raja yang bergilir jadi Sultan. Namun ada satu keturunan Raja yang di selatan itu yang level kayanya luar biasa. Itu pasal kalau negerinya keluar dari Malaysia pun apa ada hal?
Malah jangan tak tahu sejarah. Johor juga dulu memang asalnya terpisah dari semenanjung ini. Johor sebenarnya adalah sebuah pulau yang besar. Ada sebatang sungai panjang yang memisahkan Johor. Kalau tak, macam mana Hang Tuah rembat Tun Teja dari Pahang bawak balik ke Melaka naik sampan? Takkan ikut Singapore berapa hari nak sampai beb?
Now, kerajaan Johor kaya raya adalah berbalik kepada zaman perang dunia pertama. Almarhum bijak berniaga jual nenas dalam tin kepada askar dua belah pihak. Tapi yang peliknya, kenapa kekayaan ini tak habis sampai generasi ketiga sahaja?
Sama ada kekayaan yang dibina level trillion, atau sebenarnya ada satu method dan mindset dimana wealth, boleh berterusan selamanya?
Apa kesimpulan kisah ketiga ini? Harta memang boleh diwariskan namun kerana ada ilmu, harta itu takkan habis. Dan bukan setakat ilmu sahaja yang penting disini. Disiplin adalah salah satu daripadanya. Semua anak bangsawan pergi sekolah tentera. Dan bukan setakat disipilin. sahaja sebenarnya banyak lagi…..
Penutup
Semasa saya kecil dulu, abah saya pernah bercerita yang arwah atok, bekerja sebagai tukang check tangki air di Cameron Highlands. Bila abah mula kerja, abah belikan atok motor kerana atok pergi kerja naik basikal. Barangkali kerana kisah inilah yang menanam cita-cita saya untuk membelikan kereta untuk abah saya.
Apabila saya pula menjadi seorang abah, saya mengambil tindakan proaktif. Selain menceritakan kisah Aki membelikan motor untuk moyang dan abah membelikan kereta untuk aki, EL nanti dah besar nak belikan abah kereta apa? R8 dah obsolete EL… latest sekarang Audi baru keluar e Tron GT. Tapi zaman EL esok ntah Audi menatang apa keluar nanti mungkin e Tron GT RS5 Competition Quattro Grand Turismo agaknya….
Now berbalik kepada mewariskan harta.
Sebenarnya pada pendapat saya, tiada salahnya nak wariskan atau tanak wariskan harta kerana kita semua mempunyai pendapat dan cara didikan yang berbeza. Kita lebih mengenal anak-anak kita malah kita pastinya akan memberikan yang terbaik untuk mereka, sama ada ilmu, doa ataupun harta. Barangkali, kita tidak mahu mewariskan harta kerana kita mahu anak kita berdikari dengan sendiri seperti kita hari ini. Barangkali juga, kita mahu mewariskan harta, agar anak kita boleh melangkaui lagi jauh, lebih daripada apa yang kita ada hari ini. Namun ada satu yang kita jangan lupa. Apa yang kita nikmati hari ini adalah bukan hak mutlak kita. Harta yang kita ada ini barangkali adalah harta anak-anak kita juga. Apa dalilnya?
Pertama, Quran ada sebut tentang faraid (rujuk 4:11). Ini jelas dimana continuity wealth itu sudah ada cara yang sepatutnya berlaku. Dan yang kedua, juga dari Quran, antara punca seseorang itu mendapat rezeki, selain dari bernikah (rujuk 24:32), adalah kerana mempunyai anak (rujuk 17:31). Ketika EL lahir, saya tukar kereta dari Honda CRV kepada VW Tiguan. Ketika Nia Lahir, saya tambah kereta, Audi A4 Quattro dan sebiji motor Triumph Scrambler. Betapa, janji Allah di dalam Quran adalah sesuatu yang diluar bayangan kita selama ini.
Apapun harta yang paling utama dan penting adalah anak itu sendiri. Allah uji saya dan isteri 11 tahun lamanya sebelum harta yang tiada bandingannya ini hadir dalam hidup kami.
EL LUKH, dan NIA ILKA, dan yang telah berada di syurga, NUR MUHAMMAD.
Itulah harta kami (yang Allah pinjamkan depan mata dan dalam hati) dan semoga Allah memberi kami (dan kita semua) petunjuk yang terbaik, dalam mendidik harta ini.
AMIN