Bab 1 – Perjalanan itu

Aku di dalam sebuah keretapi panjang yang rel keretapi itu adalah sebatang besi, tidak tebal tetapi kurus. Aku, dalam perjalanan entah kemana, tetapi keretapi ini pergerakannya agak berat kerana kami sedang menaiki bukit. Ketika aku melihat keadaan di tepi luar tingkap, aku dapati yang keadaan sekeliling masih dalam keadaan sedang “develop”. Aku nampak tanah-tanah merah sedang diteroka dan aku nampak juga, “struggle” manusia bekerja. Ada semacam perkampungan lama dan seketika ada juga bandar kecil yang sedikit moden.

Tentang rel keretapi yang “singular” tadi, aku perasan yang rel ini tidaklah berbengkang bengkok tapi lurusnya jauh ke atas sana. Kerana ia tidak tebal,  maka keadaan keretapi atau gerabak yang dinaiki ini seakan tidak melekat kuat. Ada perasaan yang gerabak ini mungkin tercampak ke tepi, atau keluar dari landasan, namun kepada Allah, aku berserah.

Tiba-tiba, entah bagaimana, perjalanan keretapi ini betukar arah. Daripada mendaki bukit, aku dapati yang keretapi sekarang menuruni bukit dengan kepantasan yang semakin mendadak laju. Aku perasan yang ini bukanlah perjalanan yang terus, tetapi perjalanan patah balik. Bezanya kepala keretapi tetap di depan.

Tiba di satu curam, aku dapat melihat suasana pemandangan baru di mana aku dapati bahawa keadaan sekeliling lebih teratur dan lebih “develop” berbanding tadi. Aku lihat bangunan-bangunan, walaupun tidak tinggi sangat, tetapi aku faham bahawa keadaan di sini lebih tersusun dan teratur, malah boleh aku katakan yang penduduk di sini seperti lebih tenang dan aman berbanding tadi. 

Daripada hidup berusaha keras, orang-orang disini nampaknya menikmati hidup lebih tenang dan compass kehidupan adalah lebih “higher level”.

Dan di lap terakhir itu, aku melihat sebuah perkampungan di mana ada kebun-kebun tanaman yang subur, sebuah masjid dan tempat makan. Di dalamnya ada ruang-ruang yang dipisahkan dengan kain rentang seperti langsir yang memisahkan saf lelaki dan perempuan di masjid. Aku juga melihat ramai lelaki-lelaki ada yang tua dan muda, semuanya sedang baring seakan sedang berehat sebentar. Peliknya juga, mereka ini berpakaian serba putih. 

Aku kemudian memberitahu seseorang di sebelahku yang duduk sekali di dalam keretapi ini, 

“Ini perkampungan tarekat. Ketuanya seorang seniman, seorang scupltor besi yang famous dulu, dan kalau kau tengok betul-betul, yang duduk di tengah itulah dia. Abang Man”.

Bab 2 – Perhentian itu

Aku sedang duduk bersimpuh dan di depanku, bukan betul-betul depan tetapi lebih ke kanan, ada seorang tua yang sedang solat. Aku memerhati keadaan sekeliling, aku dapati yang aku sekarang berada di sebuah perkampungan tarekat yang aku lihat dari keretapi tadi. Ada yang sedang solat dan ada juga yang sedang santai lepak berbual-bual. Ada yang sedang baring berehat barangkali tidur sebentar sebelum waktu seterusnya berlaku.

“Apa khabar?” tanya orang tua didepan itu sebaik selesai solat.
“Eh… Abang Man…. baik-baik… alhamdulilah” kata aku ringkas.

Abang Man adalah ketua perkampungan ini. Dia, seperti yang telah aku jelaskan tadi, seorang seniman ternama di dalam negara ini. Karya beliau adalah arca-arca besi yang menceritakan perihal mengenal diri.  

“Dah jumpa khidir?”
“Belum…”
“Ruhul kudus?”
“Pernah dengar pasal tu….”

Abang Man tersenyum lalu bangun.  Aku lihat Abang Man berjalan kebelakang melintasi aku, dan apabila aku menoleh, rupanya di belakang adalah saf-saf sembahyang dan ramai makmum sedang menunggu. Paling hujung mata ini boleh tengok, adalah ruang solat imam, dan ia seakan sebuah gerbang.

Sekelip mata Abang Man berada di depan sekali dan barulah Aku mengerti, yang sebentar lagi dia akan mengimamkan sembahyang kami.

Bab 3 – Pembukaan

Apabila ramai telah bangun, aku lalu turut serta. Ketika ini, aku dapati yang aku berada di saf yang paling akhir, atau kalau kita mula-mula masuk masjid, kita berada di saf paling belakang antara imam. Tetapi entah macam mana, sebaik aku bangun, berdiri, saf-saf di depan aku tiba-tiba terbuka dan aku seperti diberi laluan. Aku perasaan yang bukaan ruang oleh para jemaah ini, membentuk satu jalan  lurus yang tidak kelihatan, tepat terus ke belakang imam, Abang Man.

Selangkah demi selangkah, saf demi saf, aku ketika ini entah macam mana berada betul di belakang Abang Man.

Sebelum solat bermula, Abang Man menoleh  ke arah aku, tersenyum, lalu bertanya,

“Ada nak tanya apa-apa lagi?”

Tamat

Posted in 1