Daripada 114 jumlah surah di dalam Al Quran, ada satu surah yang specific menceritakan tentang masa. Dan di dalam surah ini, Tuhan telah bersumpah demi “masa”, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Ini memberi bayangan kepada manusia bahawa, “lu jangan main-main dengan masa”. Masa, atau waktu, juga adalah makhluk ciptaan Tuhan, dan jika kita bandingkan antara manusia dan masa, masa diciptakan dulu sebelum manusia.
Betapa masa adalah sesuatu yang sangat bernilai dan tidak akan kembali, perihal masa diceritakan cuma dengan 3 ayat. Meaning to say, “betapa, jangan buang masa”. Paling tidak, itulah mesej tersirat yang telah difirmankan kalau kita ada masa untuk meneliti. Agak pen, tapi makan dalam.
Kalau saya imbas kembali, kesedaran saya dengan masa bermula seawal sekolah menengah. Kerana saya pernah bersekolah di asrama penuh, hidup saya ditentukan oleh “masa”. Kita ada masa prep, masa riadah, masa makan, masa surau, masa outing, masa nak mandi, masa nak basuh baju, masa marah sebab satu blok asrama tapi cuma satu strika, masa berdebar tengok crush lalu depan mata, masa tak sabar nak balik rumah sebab dah habis cuti semester…. pendek kata, masa menentukan segalanya. Ini kerana sebagai remaja, kita sedang belajar untuk berhubungan dengan masa. Kita tidak dapat mengawal masa, sebaliknya masa, mengawal kita. Masa itu rupanya, masa, sedang mengajar kita tentang disiplin dan aturan hidup. Mungkin kalau masa boleh berkata-kata, “Jika kau patuh kepada Aku, Kau akan berjaya”.
Sebenarnya untuk berjaya waktu sekolah dahulu bukanlah susah sangat rupanya. Hidup kita adalah dari waktu ke waktu. Paling bangang pun kita cuma follow, misal kata kalau waktu riadah, kita bersukan. Kalau waktu prep, kita buat ulangkaji. Insya Allah, sebagai seorang follower, agak tak patut kita gagal sebenarnya sebab sistem “waktu” di asrama penuh ini memang terbukti berkesan. Kalau tak, kerajaan tak buang duit rakyat untuk asingkan certain budak untuk masuk dalam satu sistem yang isolate dari dunia luar.
Apabila naik universiti, hubungan saya dengan masa tiba-tiba menjadi liar. Ini mungkin kerana biasanya masa menentukan aktiviti kita tetapi di peringkat universiti, kita kena pandai menentukan masa. Untuk seorang yang telah 5 tahun dikongkong masa, sudah pasti alam universiti merupakan peluang keemasan (ya, masa itu emas) bagi mencurangi masa. Ambil contoh mudah kalau di sekolah light off pada pukul 11:30 maka semua orang kena tidur. Di universiti light off adalah bila kita petik suis lampu itu atau bila kita terpejam mata, atau apa barang konsep light off? Light upon light, matahari terbit baru kita tidur bro. Maka lantaran itu mungkin, ramai kawan-kawan saya yang bijak pandai di sekolah dahulu (sekolah asrama katanya) kecundang di alam universiti kerana gagal “mengawal” masa. Saya, alhamdulilah, tidak begitu. Ini mungkin kerana walaupun hidup telah berubah bukan lagi dari waktu ke waktu, namun itu tidak bermakna saya tidak pandai mengawal waktu. Skill ini sedikit sebanyak telah develop secara semulajadi bukan kerana saya seorang yang rajin membaca quran, tetapi adalah kerana saya sedar diri bahawa saya bukan datang dari keluarga yang kaya raya. Pada fikiran saya, kalau saya melingkup di universiti, maka melingkuplah terus hidup saya sampai ke mati. Peluang hanya datang sekali…
Kesedaran tentang masa kembali kepada saya secara deep ketika saya bertemu dengan ayah angkat saya. Ketika itu usia saya sekitar 25 tahun, transition antara bekerja dengan orang dengan berniaga sendiri. Tanya ayah angkat saya, berapa nilai masa kau? Kedu tidak faham, rupanya begini: Kalau sebulan gaji kita RM2500 (gaji saya zaman itu), maka, sehari masa kita bernilai sekitar RM125 (ambil 20 hari bekerja). Satu jam, RM15.62. Satu minit, sekitar 26 sen. Bila tahu ni agak rasa bersyukur sebab masa lepas SPM kerja 7-11, sejam RM1.50 bai….
Anyway, satu minit 26 sen? Meaning kalau saya tidur 30 minit waktu petang, saya rugi RM7.80. Namun bukanlah ini maksud sebenar yang ayah angkat saya cuba sampaikan. Sebagai orang yang berniaga, ayah angkat saya mahu saya faham begini.
Pertama, kita kena usaha agar, setiap minit yang kita spend, pulangannya berlipat ganda. Misal kata, kalau gaji kita RM2500, bila berniaga, return mesti paling tidak 3X iaitu RM7500. Meaning, dengan masa yang kita spend itu, mestilah hasilnya ada. Ini bukan apply hanya pada kita sebagai owner, tetapi applicable kepada staff kita. Kalau kita bayar gaji sebulan total RM30K misalnya, maka return company dapat mestilah RM90K. Ini kita sembang berniaga ok. Kalau charity itu lain cerita.
Kedua, as time goes by, masa kita mesti makin lama makin berilai. Takkanlah selamanya seminit 26 sen? Sebagai contoh, semasa 25 tahun seminit 26 sen. Masa umur 30 tahun, seminit RM1.35… dan seterusnya. Sebagai orang yang berniaga, apabila kita mengetahui seminit berapa nilai kita, kita tidak akan ada masa untuk buat benda mengarut sebagai contoh main facebook berlebih-lebih atau tiktok atau seumpama. Kita takkan ada sikap janji jumpa pukul 10, tapi 11:30 baru message “otw”.
Namun yang ketiga adalah yang paling deep antara semua yang hendak ayah angkat saya fahamkan. Jika tadi adalah kerana ayah angkat saya seorang peniaga, ini pula adalah kerana ayah angkat saya seorang guru. Ia adalah kenapa Tuhan bersumpah, “Demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian”. Rupanya manusia rugi bukan sebab masa yang dia spend itu tak setimpal apa yang return kepada dia, atau bukan sebab masa dia tak berubah value dari dulu sampai sekarang 26 sen seminit. Tapi yang paling rugi adalah kerana sepanjang hidup seorang manusia yang berminit-minit, berjam-jam, berhari berbulan bertahun, tidak pernah seorang manusia ini mahu “mengenal” dengan PASTI siapa Tuhannya yang sebenar. FYI, Tuhan kita bukan kalimah dan lagi Tuhan kita bukan duduk di atas langit.
Now, yang ketiga ini agak sukar dibincangkan secara umum dan memang bukan untuk dibincangkan secara umum pun. Ini adalah sesuatu yang kalau kita tahu, kita tahu. Kalau tak, taklah. Saya sendiri pun walaupun telah 13 tahun belajar dengan ayah angkat saya, masih lagi kelam kabut. Ada masa macam faham. Ada masa macam blur. Rupanya semakin kita belajar, kita bukan makin pandai tapi kita makin bodoh. Betapa ilmu Tuhan itu luas…….
So kita tak payah pergi jauh sangat atau tinggi gila sebab kita pun bukan ahlinya. Maka kita bincang hal yang basic dan simple sahaja tentang masa dan kenapa di di dalam quran Tuhan bersumpah ke atasnya. Kenapa manusia rugi dan semakin rugi?
Mengikut Quran, orang yang beruntung di dalam surah 103 ini sifatnya sebegini :
1. Orang yang percaya, tidak sangsi, meaning orang yang mempunyai prinsip dan pegangan. Kalau lalang, gone case.
2. Orang yang buat, meaning bukan cakap je pandai. The one that deliver. Sembang kencang buatnya tak jugak, gone case.
3. Orang yang positive thinking. Yang toxic, negative, complaint banyak, semua orang salah dia je betul, gone case.
4. Orang yang sabar dan konsisten. Yang nak mudah je, atau yang hangat-hangat, gone case.
Dan on top of semua ini, orang ini promote pula kepada kaum kerabat dia tentang no 3 dan no 4.
Now, kita cuba kaitkan 4 attributes atas tu dalam satu ayat. Kita cuba.
Kalau kita percaya yang satu hari nanti kita akan berjaya, mesti kita akan buat atau usaha habis baik kearah itu, dan untuk make sure kita tak barai atau fedup atau setengah jalan, kita kena sentiasa positive thinking sebab bila mind, body and soul kita bersih dari negative element (kutu-kutu yang nak mengagalkan / menanam benih doubt dalam hati ni bukan luaran sangat tapi dalaman kita je sebenarnya), barulah kita boleh sabar dan konsisten pada usaha yang kita buat. Agak panj, tapi harap faham.
So bila masa kita untung?
Lain orang lain journey dia. Kata orang Rome is not built in one day. Namun kalau saya, lepas 18 tahun buat naik turun terchewduk tersungkur menangis bangun dan bangkit cuba lagi, nilai masa berubah alhamdulillah dari 26 sen seminit kepada beberapa sen sesaat, itu pun berkat doa mak dan abah serta mama dan isteri saya sebab kalau nak tengok usaha saya… hmm oklah… bolehlah tu. Kawan saya lagi fighter. Sesaat, 17 sen. Dia duduk kat laut. Saya at least kat darat. Dia dilambung ombak, saya takat dilambung angan-angan.
Apapun, kepada Allah, kita berserah. Kita sekadar berusaha dengan masa yang masih diberi. Semoga Allah jangan tarik nikmat masa ini.
Al Fatihah untuk ayah angkat saya yang telah pergi.