Ada 3 bilik semuanya. 

Yang pertama adalah sebuah bilik besar, di dalamnya ada sebuah cafe yang dindingnya biru muda. Di salah satu meja, ada seorang perempuan. Aku kenal dia ini. Dia ini dulu satu sekolah dengan Aku. Dalam ramai-ramai kawan, dia dan seorang lagi kawan Aku yang hari ini Aku tengok fokus bertadabur dengan Al Quran. Dia selalu kongsi notes dia tadabur dalam instagram. Tulisan dia maintain kemas dan cantik, macam zaman sekolah dulu. Cantik macam dia juga.

“Apa khabar?” Tanya Aku setelah menghampiri.

“Alhamdulillah” Senyum.

“Anak-anak sihat?” 

“Alhamdulillah” Senyum.

“Kau?”

“Alhamdulillah” Senyum juga.

“Boleh?” Tanya Aku sambil menunjuk kerusi.

Senyum.

Di atas meja, seperti yang telah Aku duga, senaskah Quran. Disebelah, seperti biasa, sebuah buku catatan. 

“Sampai mana dah?” Tanya Aku ingin tahu.

“13”

“Jauh lagi tu….”

Random…”

“Ouh… Ok…. Mana yang paling terkesan?”

“13:58”

Aku lalu mengeluarkan iPhone. Aku kemudian membuka apps Quran dan mencari ayat itu. EH…

“Tapi kalau 13, dia ada 43 ayat je?”

***

Aku sekarang di dalam bilik yang kedua,  kalau tadi sebuah bilik yang luas, ini adalah bilik yang panjang. Untuk visual comparison, tadi kita panggil kubus. Ini kita panggil kuboid. Aku berjalan sepanjang sisi dinding yang berwarna kelabu. Di dalam bilik ini rupanya adalah sebuah ofis. Di salah satu meja, ada seorang lelaki. Aku kenal dia ini. Dia ini dulu satu sekolah juga dengan Aku. Cuma dia senior 3 tahun dari Aku. Masa Aku form 1, dia form 4. 

“Tolong Bro…” 

“Tolong apa tu?” Tanya Aku.

“Ko tengok ni. Antara tiga painting ni, dua aku dah betulkan. Satu ni mintak tolong ko touch up

Dari dinding, tergantung, painting itu perlahan-lahan terapung, terbang ke arah Aku. Stroke painting agak childish.  Namun jelas ada beberapa orang dan Aku rasa mereka semua ini satu family. Painting ini background dia gelap hitam, namun orang-orangnya outline merah berselang kapur putih.

“Boleh la Aku tengokkan tapi sekarang Aku sibuk sikit”

“Bila-bila bro asalkan settle

“Ni nak touch up pakai oil ke acrylic?”

“Pakailah mana-mana yang ko takde…”

***

Aku di dalam bilik terakhir. Ini bilik cctv. Berbanding bilik-bilik sebelum ini, ini bilik yang paling kecil. Bilik ini warnanya pudar macam kita tengok visual dalam cctv, macam itulah juga suasana bilik ini. Di sebelah Aku, seorang guard sedang browsing video by video. Aku memandang di sekeliling. Baru Aku sedar yang backpack Aku tiada (hilang). Rupa-rupanya guard ini sedang mencari clip, siapa yang mencuri backpack Aku. 

“Jumpa!” Katanya.

Aku seraya menoleh ke skrin.

Guard cuba menekan play untuk memainkan video. Namun tiba-tiba pop out field insert password.

Kami saling berpandangan….

TAMAT