Di sekolah dulu, yang paling saya seram adalah setiap kali hari report card datang menemui abah saya. Lagi seram, kalau tulisan dalam report card itu ditulis dengan warna merah, instead of biru.
Menjadi warga Malaysia yang berusia lebih 18 tahun, kita masih mempunyai report card. Namun report card ini tidak ada kena mengena dengan sekolah kita mahupun apa-apa kaitan dengan guru, atau abah mak kita.
Report card yang saya maksudkan ini adalah CCRIS report.
Now, tidak tahu siapa yang mencipta idea menilai status financial seseorang, CCRIS adalah laporan kewangan yang utama, digunakan oleh institusi bank bagi menilai keupayaan seseorang membuat hutang baru (lagi). Tidak seperti zaman sekolah dimana syurga dan neraka dibezakan dengan warna pen, CCRIS dibezakan dengan berapa banyak 0 yang ada berbanding 1 atau 2.
Seorang yang mempunyai status financial yang mantap, CCRIS reportnya akan penuh dengan 0. Ini. bermaksud, seorang ini tidak pernah lambat bayar hutang. Kalau dia lambat bayar sebulan, CCRIS reportnya 1. Kalau dua bulan, CCRIS reportnya 2.
Anda boleh kesini untuk khatam hall CCRIS ini, atau sini. Anda boleh membelinya pada harga berapa saya lupa secara online, namun jika mahu berjimat cermat, anda boleh mendapatkannya di pejabat AKPK.
Now, kenapa penting memastikan yang kita sentiasa mendapat markah 0? Kerana mereka yang mempunyai markah 0 setiap bulan, dipandang mulia oleh institusi bank. Adakah penting menjadi mulia di sisi bank? Itu anda kena jawab sendiri.
Dulu, 10 tahun dulu, saya pernah bertanya kepada kawan saya, bagaimana dia memastikan yang setiap bulan, dia dapat bayar loan on time, hence CCRIS maintain 0? Of course, jika anda makan gaji, sepatutnya anda tidak mempunyai pertanyaan begini. Pertanyaan begini biasanya terbit dari para entrepreneur yang pendapatannya tidak tetap. Tidak pasti pula pertanyaan ini ada pada seorang freelancer tetapi beza entrepreneur dan freelancer adalah seorang mahu membawa satu kapal pergi ke pulau, manakala seorang lagi berenang seorang diri.
Maka apa jawab kawan saya?
“Aku bayar sebulan advanced“
“Sebulan advanced???”
“Orang lain dapat gaji bayar semua loan bagai untuk bulan tu. Aku dapat gaji bayar untuk bulan depan”
Nampak simple, tapi idea mantap. Bagaimana untuk bayar sebulan advanced? Itu kita harus usaha lebih dari orang lain.
Tahniah jika anda mempunyai CCRIS penuh markah 0. Sama ada anda bayar loan on time atau tidak, membayar advanced sebulan memberi anda kelebihan yang tidak diperoleh oleh lain orang. Namun perlu diingatkan disini, CCRIS pun agak bodoh juga. Patutnya orang yang membayar advanced, markah dia jadi -1. Kalau dia bayar advanced 2 bulan, markah dia patut -2.
Baru bank tahu dan tak banyak soal.
Ini cerita 10 tahun dulu. 10 tahun kemudian, tahun ini 2023. Another level adalah bukan setakat membayar loan advanced, tetapi mempunyai ability untuk membayar quarterly. Dan matlamat akhir adalah berbelanja secara yearly.
Ini bermaksud, lifespan keluarga adalah berdasarkan tahun demi tahun, atau cycle yang lebih panjang, 5 ke 10 tahun lagi.
Masih belum terlambat untuk mengubah kesilapan yang silam.