1
Mempunyai nama yang panjang, akhirnya dari 3 nama yang abah bagi, Aku dari kecil memilih untuk dipanggil Azizi, jika baru berkenalan. Buat yang rapat, “zizi” dan lebih rapat lagi, “zi”. Hanya melalui panggilan nama, rupanya ada jarak di dalam hati.
Kerana itu, kerana baru berkenalan, maka apabila bertukar nombor telefon, nama Aku disimpan sebagai “Azizi”. Dan jika kenalan itu tidak mempunyai kawan yang bernama “Abu”, “Acai” atau “Awang”, sudah pasti nama Aku adalah yang teratas sekali.
Ini memberi satu pengalaman unik yang tidak dirasa oleh mereka yang namanya selain bermula dengan huruf “A”.
2
Seorang kawan Aku yang bernama “Azrai Fahmi”, juga baru ini berkongsi kisah seribu satu malam. Ketika pergelutan mengeluarkan ruh dari dalam diri (Aku tahu dia insomnia), dalam pukul 3 pagi itu dia menerima panggilan telefon dari seorang sahabat.
“Bro…. gua ada barang baik ni. Baik punya bro….. lu kena “kena” barang ni bro… stim gua cakap lu…..”
Terkejut kerana tidak sangka akan dua perkara : menerima call malam buta dan rupanya ok, “kaki” rupanya mamat ni, maka kawan Aku Azrai Fahmi split second melayan perbualan high yang jarang terjadi kepada kami umat Muhammad ini.
Keesokan harinya sahabat itu meminta maaf kerana salah call. Bagaimana ini boleh berlaku? Nama “Azrai Fahmi”, di tangga teratas UK Top 40.
3
Aku menerima panggilan malam tadi sekitar jam 2 pagi. Yang membuat call ini adalah bapa saudara Aku yang berada di Raub. Mulanya macam malas nak angkat sebab biasanya dia memang selalu tertekan. Namun kerana kami semua sedia maklum yang keadaannya tidak berapa sihat, Aku menjadi risau.
Raya baru ini dia jatuh di dalam toilet. Agak sejam lebih terlentang, mujur sepupu Aku perasaan. Bukan itu sahaja. Pernah bapa sedara Aku ini telefon dan tanya, bapak mertua kau sihat tak? Macam mana Aku nak jawab kalau bapak mertua Aku dah lama meninggal tahun 2010? Ini dia pun tahu (dulu).
Dan bila backstory dah macam ini, setiap kali dia telefon, kita agak cuak.
4
Apabila seseorang itu teringat pada seseorang, di zaman moden ini, seseorang boleh sahaja membuat panggilan melalui telefon. Sama ada menekan pada nama yang betul, atau tersalah tekan pada nama yang atas sekali, hakikatnya “connection” berlaku.
Bagi yang mempunyai frekuensi minda dan hati yang lebih kuat, instead of dia membuat panggilan telefon, dia memanggil nama seseorang itu, lantas orang yang dipanggil akan menelefon dia. Kalau pernah terjadi,
“Saya baru terfikir pasal awak tadi, ini awak dah call saya…” Senyum.
Vice versa, orang tu pulak cakap “Gua baru teringat kat lu, lu dah call gua”. Ya. Sebab Aku datang dulu dekat kau sebelum Aku call kau itu pasal kau teringat kat Aku.
Up lagi. Bagi yang frekuensi minda dan hatinya kuat gila unlimited, dia tidak memanggil untuk ditelefon atau dia tak datang dalam fikiran sebelum dia telefon kita. Sebab kita tengah tidur, dia datang terus dalam mimpi. Ini bukan karut tapi sebab dulu arwah ayah angkat Aku memang selalu buat macam ini bila Aku tertidur dan lambat datang kelas. Dia datang macam petir masuk bilik, dengan telapak tangan yang dibesarkan seganda, dia tekap muka Aku, tarik kedepan dan tanya,
“Ko ni nak belajar ke nak jadi apa?”
Bangun menggelabah, cuci muka 3 saat, amik kunci kereta, tak sampai 15 minit dah sampai kelas. Distance : 30 KM malam minggu. Itu zaman bawak Vios…
Kesimpulan
Ada satu panggilan yang kita semasa hayat ini jangan sekali-kali kita abaikan. Panggilan ini adalah yang namanya bukan sekadar yang paling atas atau utama, tapi nama yang bermula dengan “A” ini mesti ada dalam hati setiap saat.
Kalau pukul 2 pagi orang call tertekan pun kita angkat, apatah lagi panggilan “A” ini.
Dia datang tak banyak kali. Kalau ikut Quran, dia datang 3 – 4 kali sahaja itu pun yang terakhir cuma testimoni (rujuk Surah 36, mula dari ayat 13). Dan effect yang buat pekak atas panggilan ini ending semua orang dah tau. Confirm gaung.
Dia panggil macam mana eh? Panggil pergi masjid ke apa? Itu untuk panggil ramai-ramai. Kurang exclusive. Tu biasa. Ini yang Dia invite personal.
Macam mana invitation tu? Jangan risau. Kalau ada, hati kita mesti tahu, confirm.
Cuma kita sama ada percaya atau tidak, sama ada kita terima atau tolak, dan sama ada sanggup atau tidak.
Eh, Dia yang panggil kut KO GILA TAK KENAL? Kalau tak kenal, tak aware the different, memang nasib kita tak berapa ong-lah.
Raja kalau nak bagi Dato’ ke kita pun kita macam gelabah hati, ini lagikan panggilan “A”. Berminggu tak tidur malam. Malah, ada yang demam.
Tapi jangan salah faham. Panggilan ini bukan macam telefon. Orang-orang Dia datang, alah, macam dalam Quran surah 36 tu lah. Mungkin sekali masa muda… kali kedua dah tua sikit. Kali ketiga?
Tapi sebelum nak dipanggil, minat tu kena ada dulu… kalau tak macam kata Once, “Cintaku bertepuk sebelah tangan”.
Akhir sebelum tutup,
Jika kau berjalan kepada Aku nescaya Aku lari kepada kamu. Jika kau berlari kepada Aku, nescaya Aku terbang kepada kamu.