Minggu itu agak pressure bagi semua orang. Sebabnya ramai yang “kad outing” dia kena tahan. Ntah kenapa, biasa kalau bab outing, hujung minggu mesti boleh keluar ke bandar namun sebab sekolah itu Sekolah Sains Tentera Agama Haji Ahmad …. maka keluar outing aspura selang seli dengan aspuri. Takut nanti ada yang berlaga dada kelak mengundang bencana.

Aku, termasuk dalam golongan mereka yang malang.

Dalam perjalanan pulang dari kelas ke asrama selepas prep malam, Aku berfikir. Macam mana caranya nak keluar outing jugak tanpa kad. Dulu, zaman dulu, kita panggil FLY. FLY adalah terma yang digunakan untuk keluar malam lompat pagar. Kerana kami mencipta bahasa terbalik yang dikamirkan (rujuk prinsip matematik dydx) maka FLY jadi YLF. Sebutannya kalau tak reti inggeris, bunyinya : “yalf”. Contoh lain, perkataan “awek”. Namun pegamirannya lebih panjang dan berulang. “Awek” jadi “Kewa”. Setelah beberapa zaman, dia jadi “Keza”. Lagi zaman, “Kaiza”. Akhirnya hari ini, dia jadi “Kais”.

So kalau tengah minum mamak dengan geng sekolah sains tentera agama, kalau dengar “Kais perawaling”, maksudnya “ada awek cun”. “Perawaling” adalah “awal” dan “awal” adalah “lawa”. Sesungguhnya kekuatan sesuatu bangsa itu terletak pada bahasanya. Dan lebih tinggi frekuensi perkataan ini diguna pakai, maka lebih banyak kali ia dikamirkan.

Untuk sampai ke asrama : aspura, seseorang harus melewati surau. Di dalam surau Aku melihat seorang kawanku yang bernama Jeremy sedang ligat berceramah sampai level memekik. Di kepalanya ada songkok hitam lipat yang lembik. Aku walaupun jauh boleh nampak air liurnya merecik dan hujung lidahnya sedikit ular (bercabang). Ini adalah kerana scene ceramah ini bagaikan menekan button fast fwd di remote video. Air liur macam hujan peluru.

Aku lupa apa specific perkataan dia tapi yang Aku pasti, dia mengajak orang menuju kejahatan. Di kelilingnya ramai yang memakai baju melayu putih bersorak keriangan. Namun bab kejahatan kita jangan terpedaya dengan pakaian. Kata Nabi, di akhir zaman kelak yang paling “awal” masuk neraka adalah ulama. “Awal” disini bermaksud “cepat”. Bukan “lawa”.

Kerana tidak tahan bahang kenerakaan, Aku lalu bergegas ke asrama. Jika tadi di surau Aku melihat perhimpunan menuju kehancuran, di asrama budak-budak macam baru bangun tidur blur berhimpun nak pergi sekolah. Anehnya dimensi alam ini, masa boleh berubah sekelip mata. Awal kisah waktu malam. Tengah kisah siang. Dan hujungnya jadi pagi.

Dan ketika budak-budak blur bersiap nak ke sekolah ( – pergerakan mereka agak slow motion), Aku sebaliknya sampai dalam keadaan masih buntu mencari penyelesaian outing tadi dengan kadar gerak yang lebih laju.

Entah dari mana, ketika hampir melangkah naik tangga, Aku terserempak dengan seorang perempuan. Perempuan ini memakai singlet putih skirt askar. Katanya kepada Aku ini masanya. Aku tiba-tiba menjadi blur kerana secara “abit-abit” (tiba-tiba) harus membuat keputusan atas apa yang Aku tak faham. Kadar blur menjadi dua kali ganda. Blur nak outing, atau blur nak dating?

Perempuan ini lalu menarik tangan Aku ke belakang asrama. Dia kemudian mengeluarkan kunci dari poket skirtnya lalu menyua kunci ini ke atas ala Olympian memengang obor. Aku memandang ke arah pokok yang tinggi itu (hujung aras kunci), lalu “abit-abit”, muncul sebuah kereta berbentuk kapsul. Rupa-rupanya, kunci itu bagaikan remote yang membuatkan layer halimunannya disable. Agak wow jugak sebab jarang-jarang dapat tengok sesuatu objek yang dari tiada, “abit-abit” menjadi ada. Bagaikan menarik selimut yang menutup sesuatu, cuma kali ini selimut ini adalah cahaya putih transparent campur neon kuning bergerak-gerak seperti air perlahan-lahan memenuhi getah paip lutsinar.

Kata perempuan ini lagi, kalau bukan sekarang, kita takkan berjaya. Dan setelah itu, kereta kapsul ini turun ke bumi lalu terbuka tingkapnya secara automatik. Saiz kereta kapsul ini tidaklah besar mana dan apabila Aku menjenguk di dalamnya, nyata agak sempit dan hanya muat dua orang. Kedua belah seat mempunyai stereng yang berbentuk teleskop doktor.

Kami kemudian masuk dan cuba mencari titik selesa. Rupanya bila masuk, perasaan dia lagi sempit dari yang keterlihatan tadi. Perempuan itu menghidupkan enjin, seketika, kereta kapsul ini perlahan terapung lalu naik ke udara. Kalau pernah dengar bunyi enjin Porsche Taycan, begitulah bunyinya. Elektrik. Atau, EV, Electric Vehicle.

“Macam mana nak drive ni?” Tanya Aku.
“Pakai gerak”. Jawabnya pendek.
“Gerak? Gerak apa?” Tanya Aku lagi.
“Gerak…. gerak macam ni” kata perempuan itu sambil memusingkan tali teleskop doktor tersebut ala Bruce Lee memainkan nunchaku.
“Macam mana nak tau nak pergi kanan ke kiri ke?”
“Yang itu pakai rasa”
“Rasa?”
“Rasa… rasa nak pergi mana…”

Aku cuba memusingkan tali teleskop itu. Bila terlampau laju, kereta kapsul hilang sedikit imbangan seperti bot di atas air yang tiba-tiba menjadi berat ke arah Aku. Kerana seat kereta ini kecil, Aku perasan yang kami telah berlaga bahu. Aku lalu cepat-cepat invertkan pusingan, lalu kereta kapsul balance semula sediakala. Beberapa ketika, Aku akhirnya faham bagaimana untuk “drive” kereta kapsul ini.

“So kita nak kemana?” Tanya perempuan itu dengan mode wajah bersedia.

Eh… Aku ingatkan dia yang nak ajak Aku rupanya Aku pulak yang kena decide nak kemana. Perempuan ini kemudian memuncungkan mulutnya macam nak bercium, tapi dalam episod ini, maksud muncung dia adalah : (Cuba tengok kat bawah tu).

Aku menjenguk luar tingkap kereta kapsul yang saiz macam roti itu. Di bawah, Aku lihat budak-budak blur yang nak berhimpun pergi sekolah tadi sedang bertumbuk, berbunuh dengan budak-budak surau geng songkok lipat lembik. Namun bila yang bergerak slow motion vs fast fwd gerak lipas kudung, agak 300 Frank Miller yang blur-blur itu kena…

Dem… Ini rupanya bukan lagi cerita takat nak keluar outing.