Fazrai petang itu ride menuju satu makam. Makam ini terletak di dalam satu daerah di Negeri Sembilan. Fazrai, ketua bagi satu produksi filem dan rencana, hari itu telah membuat satu temujanji perbincangan awal bagi sebuah dokumentari bersifat factual dan religi. Mungkin, dalam hatinya, satu hari nanti, sebuah dokumentari tentang seorang tokoh ulama (Al Fatihah) ini, bakal diterbitkan. Mungkin.
Dan untuk menerbitkan sebuah dokumentari, fasa pre production seperti research, studies sangat kritikal untuk proses seterusnya iaitu script writing dan seterusnya storyboard dan lain-lain lagi. Hari ini, tidak ramai team produksi yang mementingkan pre production. Ini kerana, ramai yang berkarya tujuannya cari makan. Semua nak siap cepat, agar cepat dapat payment. Fazrai, menyiapkan naskah kerana mencari yang lebih dalam lagi.
Namun Fazrai bukanlah seorang yang minat pada hal misteri. Kecuali dan hanya, tentang hal Maha Misteri.
Fazrai tiba di lokasi agak awal. Ride dari Kuala Lumpur ke satu daerah di Negeri Sembilan bukan satu “demand” masa yang melampau. Triumph Scrambler warna biru 1200 cc adalah kuda tunggangan beliau, setia, memang tidak pernah mengecewakan. Jiwa rider ini membolehkan Fazrai mengembara ke mana sahaja ruang yang ada dalam alam ini. Kata orang, “space, is unlimited, but not time”. Ya, Triumph Scramber warna biru 1200 cc Fazrai ini sebijik serupa dengan yang James Bond pakai dalam filem yang meragut nyawanya – “No Time To Die”. Filem yang popular dengan lagu nyanyian Bilie Eilish yang tajuknya sama.
Bezanya cuma, James Bond menunggang Triumph Scrambler limited edition comes only in black. Dan tidak seperti James Bond, Fazrai bukan seorang perisik. Dan Fazrai sangat meminati warna biru. Ini diketahui bagi yang rapat, sejak zaman sekolah lagi.
Kerana tiba awal, Fazrai mengambil keputusan untuk solat dulu. Di makam ini, selain kubur, ada pejabat, ada surau. Fazrai sampai tepat tidak terlewat sesaat sebaik azan zohor dilaungkan. Setelah parking motor, Fazrai berjalan menuju ke surau sambil whatsapp Puan Azlina, pengurus makam ini.
“Salam puan, saya solat dulu ya puan, lepas selesai, saya ke pejabat”.
“👌” reply Puan Azlina.
Dari pintu depan masuk, Fazrai menuju ke belakang untuk mengambil wudhu. Surau kosong. Tidak ada seorang jemaah pun kecuali bilal yang azan tadi. Pada hemah Fazrai, mungkin imam otw.
Bilik wudhu surau ini tidaklah besar mana. Suasana sekitar keadaannya tenang dan sunyi. Siapalah sangat yang nak datang sembahyang di makam ini kalau tidak staff pejabat atau mungkin musafir menumpang datang dan pergi.
Fazrai membuka paip lalu menadah air. Setelah berkumur-kumur dan berniat, Fazrai mula membasuh wajahnya. Namun tiba-tiba Fazrai ditegur oleh seorang pakcik tua.
“Assalamualaikum orang muda…”
Agak terkejut juga sebab ntah mana datang, aleh-aleh muncul berdiri di sebelah tepi.
Suara pakcik tua ini agak perlahan. Dan Fazrai cuba untuk mendengar dengan teliti, selain dari membongkokkan badan tanda hormat dan santun. Riak wajahnya bersih dan suci. Terpancar cahaya keikhlasan bagi yang ikhlas melihat segalanya.
Nyata pakcik tua ini bertanya sudah masukkah waktu azan? Dan lagi ditanyakan kepada Fazrai, dimana surau?
Fazrai seraya berhenti mengambil wudhu, lalu menunjukkan pintu masuk surau. Pakcik tua kemudian senyum, dan berlalu pergi. Gerak gerinya agak perlahan tetapi bukanlah lemah. Cuma tidak tangkas.
Walaupun scene ini pendek, namun sebagai seorang ketua produksi atau lebih tepatnya seorang produser, Fazrai bukan setakat menjamah malah menghadam semua waktu yang berlalu.
Pertama, pakaian pakcik ini. Visual appearance. Bukanlah tidak kemas atau comot, namun pakaiannya bukan pakaian yang ada di kedai hari ini. Bersih tapi lusuh, macam pakaian orang zaman dulu-dulu. Color palette kalau boleh kita kata, agak earth dan natural.
Dan kedua, yang lebih menguatkan lagi adalah bahasanya. Bukan langsung bahasa gen baby boomers abah-abah kita. Pemilihan perkataan, ayat yang disusun, ibarat membaca sastera lama tulisan Munsyi Abdullah dari abad ke 17.
Fazrai kemudian berpaling dan menyelesaikan wudhuknya. Setelah itu Fazrai masuk ke surau dan kerana masa mencemburui kita semua manusia, Fazrai mula sembahyang tanpa menunggu imam yang mungkin masih otw. Benda boleh settle cepat kenapa nak lengahkan? Dan pada hemah Fazrai, sebagai tetamu dia tidak mahu Puan Azlina tertunggu-tunggu.
Selesai solat Fazrai segera keluar berjalan menuju ke pejabat. Kelihatan Puan Azlina tersenyum menunggu di meja sebaik Fazrai memasuki biliknya. Mereka berbual-bual isu semasa sebagai mukadimmah sebelum masuk topik utama. Kehandalan Fazrai yang sangat petah berkata-kata, sesiapa pun yang mendengarnya pasti teruja. Kesimpulannya, misi Fazrai hari ini selesai dan diskusi ini bakal dipanjangkan lagi untuk lebih detail. Puan Azlina nampak sangat berminat untuk bekerjasama. Ini adalah satu-satunya peluang untuk menerbitkan dokumentari seorang tokoh ulama tempatan yang telah banyak berjasa dan menabur bakti satu zaman dahulu.
Ketika Fazrai meminta untuk mengundur diri, Fazrai tiba-tiba terpaku setelah berpaling dari Puan Azlina untuk menuju ke pintu keluar. Matanya terpacak tepat pada sebuah lukisan potret di dinding, tidak berkelip lagi.
“Sorry Puan, ini potret siapa ya?”
“Ohhh inilah __________, ulama yang kita discuss tadi”
Jantung Fazrai tiba-tiba berdebar berdegup kencang. Ini bukan lagi seperti melihat orang yang telah mati hidup kembali, tapi memang telah menemui orang yang telah pergi, kembali…….
TADI.